" sejauh mana pun kita merasakan diri kita hebat, masih ada ketakutan dalam diri.
Sedalam mana pun kita merasakan diri kita gah, masih ada yang lebih menggagumkan dari diri kita. Manusia tetap manusia. Hanya ciptaan kerdil yang sentiasa menagih ihsan daripada ALLAH SWT. " ~~
(kata-kata dari novel kat bawah nih~~ )
baca novel nie memang gelak habis sorang-sorang tengah malam..
sampai tak boleh nak tido..
lalala~~
--------------------
nah.. baca sinopsis dya..
nanti p beli
:P
Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampungnya halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.
Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa, SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tetapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal.
Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi..nakalnya..Nauzubillah..
" Macam lah bagus sangat kota London dia tu, " ejek Liyana penuh jengkel.
" Memang bagus pun ." jawab aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
" apa yang bagus sangat ? apa yang London ada. Malaysia tak ada ?
cer cite..cer cite. ? kata Liyana.
" Yang bagusnya kat London itu tak ada mulut mak nenek macam kau."
Hmm...asyik bertekak sahaja Mr.London dan Ms. Langkawi ini.Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi wujudkah keserasian dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?
nak tau ending??
kena p beli dan baca..
saya baca pun tak abis lagi...
hehehe..
so ..tak boleh nak bagitau ending dya..
yang saya nak bagitau..
jalan cerita novel ni ..memang best..tak boring..
ada ja lawak dya..
memang gelak abis..
:D
No comments:
Post a Comment