title ataih

Saturday, 19 October 2013

tunang_dielah



tahniah untuk cik Adilah Abdullah..
dah selamat bertunang ngan mr.F dia kelmarin...
hehehe..

tahun depan dapat makan nasi minyak..
lalalala~~

^_^


Saturday, 5 October 2013

penyakit berkunjung tiba ~~

kelmarin,,
sebab tak tahu nak buat apa..
dan teringin sangat2 nak beli buku a.k.a Novel
ahakk..
dah macam ketagih nak beli..
dah jadi satu penyakit dah...
p jugak nak cari buku..

kadang2 tu bila penyakit tu mai..
tak kira buku apa pun..
mesti kena beli & ada kat tangan..
tak kira majalah @ novel..
mesti beli..

nak kena ada jugak 
sebab dah jadi macam ketagih dah..
dah lama tak membaca..
mood tu dah datang~~

------------------

dah lama aku xbeli novel..
cari kat pustaka rawang..
kak2 sekolah kata tempat tu akan bagi diskaun
bila beli novel kat situ..
akhirnya jumpa..
walaupun novel kat situ tak banyak pun yang berkenan..
sebab banyak tajuk yang dah baca..
tak da yang terbaru..
huhu

belek-belek buku..
sambil baca sinopsis..
macam best ja baca sinopsis..
dua buah..
sat nak upload ..

tadaa~~



nak kena baca dulu..
tak tahu best ke tak..
huhuhu..





Thursday, 3 October 2013

Mr.London dan Ms Langkawi~~


" sejauh mana pun kita merasakan diri kita hebat, masih ada ketakutan dalam diri. 
Sedalam mana pun kita merasakan diri kita gah, masih ada yang lebih menggagumkan dari diri kita. Manusia tetap manusia. Hanya ciptaan kerdil yang sentiasa menagih ihsan daripada ALLAH SWT. " ~~

(kata-kata dari novel kat bawah nih~~ )




baca novel nie memang gelak habis sorang-sorang tengah malam..
sampai tak boleh nak tido..
lalala~~

--------------------

nah.. baca sinopsis dya..
nanti p beli 
:P

Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampungnya halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa, SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tetapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal.

Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi..nakalnya..Nauzubillah..

" Macam lah bagus sangat kota London dia tu, " ejek Liyana penuh jengkel.
"  Memang bagus pun ." jawab aidid dengan nada yang menyakitkan hati.
" apa yang bagus sangat ? apa yang London ada. Malaysia tak ada ?
cer cite..cer cite. ? kata Liyana.
" Yang bagusnya kat London itu tak ada mulut mak nenek macam kau."

Hmm...asyik bertekak sahaja Mr.London dan Ms. Langkawi ini.Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi wujudkah keserasian dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

nak tau ending??
kena p beli dan baca..
saya baca pun tak abis lagi...
hehehe..
so ..tak boleh nak bagitau ending dya..

yang saya nak bagitau..
jalan cerita novel ni ..memang best..tak boring..
ada ja lawak dya..
memang gelak abis..
:D


p/s : Dilah p cari novel ni...hehe