title ataih

Sunday, 29 September 2013

ending~~ untuk mu dilah

Adilah Abdullah ~



ni endingnya ...
Mr.Sirap Bandung

sila tengok kat bawah~~



" Jangan mencintai seseorang seperti ros nan merah kerana ia pasti mati kala musim berganti. Tapi cintailah seseorang seperti Harley Davidson merah...
sama seperti aku mencintaimu wahai tuan motor merah..kerana Harley kan besi, mana boleh mati, takat berkarat aje. kuikuikui... "

hahaha 






the end..hepy ever after :P

terbaca~~

bila ku baca novel..MR.sirap bandung
tiba-tiba terdetup di hati..
bila terbaca..
maksud sebenar akad nikah apabila si lelaki menerima pilihannya...

" Aku tanggung dosa si A daripada ibu bapanya. apa sahaja dosa yang dia buat...daripada dedah aurat hingga tinggalnya solat. Semuanya aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya. Dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anakku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka. Aku rela malaikat Zabaniyah melibas badan aku hingga pecah. "

macam mana ayah kita menerima mak sebagai isterinya..
si ayah akan menanggung dosa isteri & anak-anaknya..
jika si isteri & anak tak ikut apa yang disyariatkan
dosa itu akan ditanggung si ayah..
Allah..
tanggungjawab yang berat yang akan ditanggung seorang lelaki..
tapi ramai tak menitik berat tentang ni..

~~~~~





Friday, 27 September 2013

selamat membaca ~~ part 2 ( sinopsis)

novel nie 
kak -kak kat sekolah kata best~~
akak bihah kata :
akak baca novel nie..watak budak tu macam ang~~
dok terbayang ang dalam watak budak tu..

 ehh !!
hahaha
lawak betoi kak bihah ni
:D



---------------------------
nah ..baca sinopsis nih ~~

Dua insan yang sangat berbeza latar belakang dan personaliti ditemukan di bawah satu bumbung. Teja atau TJ, kerani stor yang comel, ceria, serta gila-gila perwatakannya. Manakala Thaqif Jazman atau Qif, si tampan yang berlesung pipit sepasang yang cukup cool pewris tunggal Kiara Arena Holding yang jauh membawa diri dan hati ke bumi Kanada. Namun takdir-Nya yang manis dan penuh payungan hikmah menemukan kedua-duanya.

" Kalau awak suka seseorang..dan hari-hari awak jumpa dia, awak akan rasa jemu tak ?"

Thaqif, anak muda yang kembali ke tanah air demi tanggungjawab kepada keluarga tanpa sengaja bertemu dengan TJ pada hari pertama dia melaporkan diri di pejabat. Pertemuan singkat di dalam lif tidak tamat di situ. Persahabatan dua darjat terjalin, mesra dan penuh warna-warni kehidupan. TJ banyak membuka mata Thaqif tentang kehidupan dan tentang tanggungjawab sebagai hamba-Nya. TJ bagaikan lampu picit yang menyuluh jiwa Thaqif yang kelam dan gelap selama ini.

" Teja tu macam tepung pelita. Misteri macam tepung pelita. Lemak diatas, Tapi rasa manisnya di dasar. Kalau tak kenal, takkan tau betapa istimewanya dia... "

Makin mengenali sisi seorang, makin Thaqif yakin dia sudah temui apa yang dia cari selama ini. Namun bagaimana harus dia bongkarkan identiti diri yang sebenar? Akan mahukah TJ lagi kepadanya? bersediakah TJ?

TJ....please
please konon..please taik kucing!
" Awak..awak tolonglah dengar penjelasan saya dahulu."
Boleh jalanlah ! despatch konon. Huh , Penipu ! Benci ! Benci ! Teja terus melangkah. Dia buat-buat pekak.

TJ yang polos dan lurus tidak menyedari Man Despatch yang menjadi teman barunya rupa-rupanya CEO baru Kiara Arena Holdings. Tatkala segalanya terbongkar, haru-biru jadinya. Berjaya Qif yang digelarkan oleh TJ sebagai Man Sirap Bandung aka biskut lemak ranggup berkrim meyakinkan si gila-gila TJ yang cuup comel, misteri dan istimewa itu akan niat murni di hati, di sebalik penipuan sunat yang dilakukannya?

------------
tak sabar nak baca novel ni..
habis novel 3Bulan 
baru nak baca yang nih..
hehehe

lepas tu sambung " MR.Pai Epal " pulak :D



 tu pun kalau sempat baca cuti hujung minggu nih..

^_^V

selamat berhujung minggu ~~
lalala~~


tak balik kampung , otak dah jadi beku ~~

o_o


Thursday, 26 September 2013

merapu lagi ( tak sedap hati ) ~~

perasaan tak sedap hati neh..
memang tak suka..
semua jadi serba tak kena..

kalau boleh buang..
memang teringin nak buang..

nak hidup dengan tenang..
tak ada masalah..

malas nak pikir..
hal remeh..
macam nih..

rasa berat ja kepala bila berfikir..
kalau boleh padam dengan pemadam..
hari ni jugak nak ambik pemadam..padam semuanya..



okeh ~~

*_*

selamat membaca ~~ part 1 (sinopsis)

mOOd nak baca novel dah datang..
sebab tak dapat balik kampung ..
kena cari novel isi masa kelapangan & keboringan aku tahap gaban!!..huhu..

hari ni aku dapat novel
pinjam ja..
novel akak bihah satu sekolah ngan aku..
akak ni hantu novel...
:D
hehehe

akak bihah kata : best (y)

nah ini novelnya cik Adilah Abdullah :D



dan ini sinopsisnya..

baca tu bagi penuh penghayatan nah..
 :o


Tiga bulan bukannya kontrak cinta, bukan juga kontrak perkahwinan kerana dalam perkahwinan tak pernah wujudnya istilah kontrak. Kemalangan yang tanpa diduga mengakibatkan Nuriz terikat untuk bekerja dengan Wan Nazariel selama tiga bulan demi melangsaikan hutangnya kepada lelaki itu.

NURIZ : " wait....wait. Saya mana ada duit sebanyak itu. Kalau RM30.00 ada la. "
WAN NAZARIEL : " RM30.00 tu buat apa? kau ingat kereta aku ni kereta mainan ke hah ? Aku tahu kau mesti tak mampu nak bayar punya. Tu la lain kali jangan berlagak dengan aku ni. okeylah. kalau macam ni, senang cerita , kau kerja dengan aku untu 3bulan sebagai ganti rugi kereta aku tu. Jadi budak hantar surat. Kebetulan dispatch kat opis aku tu baru aku pecat."

Dalam tempoh 3bulan kontrak bekerja dengan lelaki itu, bermacam-macam dugaan yang perlu ditempuhi. kena " layan " karenah Dorina, si receptionist yang tergila-gilakan Wan Nazariel dan juga perangai Wan Nazariel yang sukar diduga itu.

Kemudian, pertukaran status dirinya daripada ' Cik ' kepada 'Puan' dalam keadaan tidak dirancang ditambah pula dengan kehadiran Zefrul Arha, betul-betul mengucar-ngacirkan hidup Nuriz. Mujur ada sahabat baiknya, Mirna yang sering menjadi penguat semangatnya bila dia hampir putus asa.



kalau nak baca..
nak tahu kesudahannya..
 silalah beli :P
lalalalala~~




p/s : dilah ..aku taip sinopsis ntok ang nih :D



Wednesday, 25 September 2013

takdir~~

Takdir ...
jika Allah berkata " kun fa yakuun " in Shaa Allah terjadilah apa yang Allah kehendaki .
jangan persoalkan setiap apa yg berlaku di sekeliling , 
kerana Allah dah meletakkan hikmah di sebaliknya yang kita tak diduga~~

Takdir .
 kita tahu apa yang Allah aturkan takdir kita samada manis atau pahitnya..
 tapi..
kita perlu ingat..
takdir itu ada hikmah disebalik Allah aturkan pada kita kan~~

takdir itu membuatkan kita ingat padaNya..
supaya kita jangan lupa padaNya..
jangan salahkan takdir..
setiap takdir yang diberikan tu Allah dah aturkan segalanya..
kita hanya perlu berdoa dan terus berdoa..



^_^

sebelum..Adilah Abdullah ~~

Adilah Abdullah..
baca nih 


^_^

sebelum ang menjadi pemilik orang lain :)







Monday, 23 September 2013

fail ppgb~~

huuhhh...
kelmarin..dengaq taklimat kat PPD..
nak kena siapkan fail ppgb dalam masa sebulan..adess~~
terdesak neh~~
jenuh nak kna cari program sekolah bulan2 lepas..
nak kena masokkan dalam fail.

laporan harian / mingguan pun nak kena buat..
sepatutnya nk kena bt tiap-tiap mingggu..
tapi mana nak ingat balik yg bulan2 lepas..
nasib baik J/U kata buat yang mana ada..
asalkan ada laporan harian..

ya lah..benda ni diberitahu dah lewat..
kena buat jugak walaupun dah lewat..
KPM akan turun tengok fail ppgb neh..
tu pun kalau depa ghajin nak turun tiap-tiap sekolah ~~

seramm ka?~~
macam rasa xseram pun..
huhuhu

fail dah beli..
huhu...xmula lagi nak buat..
baru buat sikit-sikit..
xapa...buat pelan-pelan,,
lalala~~


masih kosong lagii...huhu
nanti akanku penuhkan maklumat dalam fail neh..

pengisian maklumat yg perlu dimasokkan dalam fail nih :
1- biodata diri (beserta gambaq dan lampiran surat dan sijil akademik & ikhtisas)
2- profil sekolah
3- senarai jawatan dan bidang tugas guru baharu
4- laporan fasa orientasi (harian / minnguan)
5- laporan aktiviti pementoran 
6- refleksi dan penilaian..

setiap pengisian nie ada pecahan..huhu
banyak kan??
sabar ja lah..
nak sahkan jawatan.. kena buat benda nih..
bak kata pepatah orang ataih " Saya Yang Menurut Perintah "
SYMP
ahakkk..



 nasib baik dah download kat grup dlm fb yg kawan2 buat..edit ja..
lalalala~~






kisah al-Hasan al-Basri ~~

Khalid bin Safwan pernah bercerita mengenai al-Hasan al-Basri " suatu ketika aku bertemu Maslamah bin Abdul Malik. Beliau bertanya kepadaku : ' Wahai Khalid, cerita kan kepada aku tentang al-Hasan al-Basri. Aku rasa engkau lebih mengenalinya daripada orang lain. '

" Memang benar, aku sangat mengenalinya kerana aku jirannya dan sering bersamany, " jawab Khalid.
" ceritakan lah apa yang engkau tahu, " desak Maslamah lagi.

" Al-Hasan ialah seseorang yang sama luaran dan dalamannya. Setiap yang diucapnya pasti selari dengan perbuatannya. Apabila beliau mengajak manusia melakukan kebaikan, beliau ialah orang yang pertama melakukanya. " Khalid menceritakan kepada Maslamah.

Sambil memandang Maslamah, Khalid menambah : " Apabila beliau melarang manusia melakukan kejahatan, beliau ialah orang pertama yang meninggalkannya. Aku melihat beliau seorang yang tidak mengharapkan bantuan manusia. Beliau seorang yang zuhud dan menjauhi daripada mengambil segala yang ada di tangan manusia lain. Namun aku melihat manusia amat mengharapkannya dan sentiasa meminta apa yang ada padanya. "
Maslamah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju, lalu berkata : " cukuplah Khalid, cukuplah. Tidak mungkin manusia akan sesat jika ada orang seperti ini dalam kalangan mereka.


- Kitab Suwar Min Hayatit Tabi'in -

# majalah Gen-Q / penulis : Mohamed Wahid Abd Hanif #  

Saturday, 21 September 2013

angan -angan tak kesudahan ~~

 aku dan adilah dah berangan - angan nak beli hanset baru..
huhu
antara samsung s4 @ note3 yang terbaru neh..
perghhh..
best ja tengok..
harga pun best jugak @_@


s4 pun best jugak..tapi..yang bawah neh ~~



note 3 <3 ..dah berkenan di hati ..huhu

dilah..dilah..aku dah jatoh hati kat 
note3 neh :3
huhuhu..
harga pun ...adess..terkesima sekejap..*_*


tak tau la hajat berkesampaian ke tidak..

tungguu..

duit jatoh dari langit..

hahaha :P





kasih jangan pergi~~

nie lagu yg aku suka dengaq bila drive balik kedah..bukak ja suria fm mesti lagu ni depa pasang..
sebelum nie xtau lagu nie tajuk apa..cari kat utube..
akhirnya jumpa lagu neh :D
-----------------
Bila ku hanya sesaat bagimu
Jangan biarkan ku terlanjur menyayangmu

Aku tak sanggup jauh darimu
Kerna kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untuk mu

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa.. aku tak sanggup.. bila sendiri

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi

Aku tak sanggup jauh darimu
Kerana kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untukmu

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meningggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa.. bila kau pergi

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa.. bila kau pergi
Aku tak bisa... bila kau pergi
Aku tak bisa.. bila kau pergi



^_^

dalam blog neh dah intro lagu neh..
dengar la ye ~~
peace ~~

Friday, 20 September 2013

gila handbag ~~

entry ari nie ..bab handbag..
entry yang ntah apa-apa..lalala~~
sekarang aku dah gilakan HANDBAG..huhu
bukan GILA mental ..okay !!

dulu-dulu tahan ja nak beli benda yang kita dah suka..
sekarang dah kerja..macam2 nak beli..
yala ..dah ada duit poket sendiri..
macam-macam nak..

aku dah jadi macam kak fadilah gilakan handbag..dulu xpon...tengok ja kf beli..
lani xtau sebab apa suka tengok handbag..
beli banyak2 membazir..
tengok ja..
tapi..
yang nie aku mcam xtahan ja..
nak kena beli jugakk..
:D

merahh kan~~
tak tau la sebab apa tiba - tiba berkenan sangat warna merah neh~~ hohoho
sabar ye MERAH ... 
nanti I p cari U kat parkson :D 
okeh ~~

hobi baru dah berkunjung tiba~~
love handbag ^_^V




Thursday, 5 September 2013

terkadang ku berfikir~~

Terkadang kita terfikir : 
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak " ngam " ?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study ?
Housemate yang menyakitkan hati ( sebab tak pandai membasuh pinggan , bercakap dengan menggunakan kata-kata yang pedas dan sebagainya ) ?
ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi ?
(atau mungkin juga adik - beradik , keluarga kita yang tidak fahami perangai mereka ? )
(( Ingat ! entry ini bukan hanya untuk cinta - cinta sahaja , okeh ! ))

kerana hakikatnya , kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita , dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.
kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa.....


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

" Hai manusia , sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki -laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. " (Al-hujurat : 13 )

untuk lita'rafu..
untuk berkenalan. untuk mengetahui , memaknai manusia lain.
untuk menyedari betapa beruntungnya kita , mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba untuk menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
sehingga sekecil - kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu cinta pada ALLAH..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali ??
Di situlah, Kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan !!
Kerana ALLAH mentakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita ..
Setiap Takdir itu merupakan satu ketetapan ALLAH buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik untuk kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia..
Namun, tentu sebenarnya mereka yang ' salah ' itu sendiri banyak mengajar kita akan kekurangan diri kita sendiri.
" Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati " . yang dipetik dari kata-kata hikmah arab.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh ALLAH,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu orang yang salah.. semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita jernih. 
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada ALLAH S.W.T .
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah ?
kerana itu, di setiap perselisihan , mahupun ke tidak serasian , kembalilah semula apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah Dia ALLAH S.W.T.

kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan menjadikan hati kita semakin jauh.
Namun, those doesn't matter , sebab ALLAH sahaja yang akan membina hati kita . In Shaa Allah ..
And He knows best.

Wallahua'lam.
Bersabar, dan Terus berdoa.
ALLAH itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita , Jika kita benar-benar Yakin akan Dia..

# copy paste..tak tahu sapa penulisnya..dh lama buat simpanan...huhu..tapi apa yang dikatakan betul :D moga buat pedoman pada kita semua :D #
 baca ja .. untuk semua :D